Wednesday, February 10, 2010

soalan objektif bab1 & 2

SOALAN 1


Kilang adalah sebuah bangunan yang lengkap dengan kesesuaian peralatan bagi mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan. Fungsi pengurusan pengeluaran dalam kilang adalah:

i. Mengenalpasti permintaan kelengkapan
ii. Mengenalpasti rekabentuk dan susunatur bangunan atau pejabat
iii. Mengenalpasti prestasi dan tahap keselamatan
iv. Mengenalpasti tanggungjawab sosial
v. Mengenalpasti kehendak pelanggan.

A. i dan ii
B. i , ii dan iii
C. i, ii, iii dan iv
D. i, ii, iv
E. semua di atas

SOALAN 2

Proses Penyelesaian masalah dan pengurusan Kualiti (TQM) mengikut langkah adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti masalah
ii. Mencari alternatif penyelesaian yang terbaik
iii. Menganalisis masalah yang tidak dikenalpasti.
iv. Memilih alternatif yang terbaik
v. Perlaksanaan tindakan pembetulan.

A. i , ii, iii, iv dan v
B. i , ii, iii, v dan iv
C. i , iii, ii , iv dan v
D. i , iii , ii, iv dan
E. ii, iii, I, iv dan v

SOALAN 3

Input                 Proses Transformasi                    Output                    Maklumabalas persekitaran

Rajah 1.1

Rajah 1.1 menunjukkan terdapat empat komponen utama di dalam sistem pengeluaran. Proses Transformasi ialah:

A. Proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi.
B. Pendekatan pengurusan kualiti keseluruhan sebuah organisasi iaitu dari pembekal kepada pelanggan.
C. Satu usaha bagi memperbaiki kedudukan organisasi dalam dunia persaingan melalui satu pemilihan pengukuran yang terbaik untuk satu proses atau aktiviti.
D. Seni dan sains yang menjangkakan kejadian masa depan.
E. Proses untuk memilih dan membuat kontrak dengan syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang masuk atau keluar daripada kilang.

SOALAN 4

Suatu aktiviti yang saintifik, sistematik dan diamalkan di seluruh syarikat yang mana semua aktiviti diarahkan kepada mencapai kualiti, kos, kuantiti dan penyerahan semua keluaran dan perkhidmatan untuk memuaskan pelanggan merujuk kepada:

A. Kanban
B. Kaizen
C. “Total Quality Management”(TQM)
D. Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ)
E. “Just In Time” (JIT)

SOALAN 5

Pernyataan di bawah berikut adalah benar KECUALI:

A. Perancangan melibatkan penetapan misi dan matlamat dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan dalaman syarikat, peluang dan ancaman dari persekitaran luaran.
B. Pengarahan ialah proses mempengaruhi orang lain bagi melaksanakan kerja untuk mencapai matlamat syarikat.
C. Pengawalan melibatkan penyaluran aktiviti syarikat supaya prestasi sebenar menepati piawai dan matlamat yang dijangkakan.
D. Penstafan berfokus kepada pengagihan sumber sama ada manusia, bahan, kewangan atau informasi supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
E. Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai proses yang menukar bentuk atau mentransformasikan semua input menjadi suatu output/keluaran.

SOALAN 6

Pengurusan pengeluaran adalah bermaksud sebagai;

A. Seni pengurusan proses.
B. Proses pengurusan.
C. Pengurusan sesuatu operasi.
D. Seni pengurusan sesuatu proses bagi pengeluaran sesuatu.
E. Merupakan aktiviti bagi penukaran sumber kepada produk atau perkhidmatan.

SOALAN 7

Dalam organisasi yang kompleks, proses pengurusan adalah ditumpukan kepada 3 fungsi pengurusan berikut;

A. Perancangan, perorganisasian dan pengawasan.
B. Pemasaran, operasi dan kewangan.
C. Perancangan, pengawalan dan pemimpinan.
D. Penstafan, pemimpinan dan pengawasan.
E. Input, tranformasi dan output.

SOALAN 8

Berikut merupakan salah satu objektif pengurusan pengeluaran;

A. Mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang bermutu
B. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan dapat memenuhi cita rasa pelanggan
C. Mengeluarkan produk atau perkhidmatan bermutu yang dapat memenuhi cita rasa pengguna dengan kos pengeluaran yang paling minima
D. Mengeluarkan produk bermutu dengan kos pengeluaran yang paling minima
E. Mengeluarkan produk bermutu yang dapat memenuhi cita rasa pengguna dengan kos pengeluaran yang paling minima

SOALAN 9

Terdapat 3 peringkat proses pengeluaran iaitu;

A. Penghasilan bahan mentah, pembuatan bahagian atau komponen dan pemasangan.
B. Pengurusan bahan mentah, pembuatan bahagian atau komponen dan pemasangan.
C. Membuat papan, kaki kerusi dan perabut.
D. Membuat keluli, omboh dan motorsikal.
E. Umum, khusus dan kombinasi antaranya.

SOALAN 10

Perancangan pengeluaran boleh didefinisikan sebagai;

A. Perancangan segala sumber bagi mencapai matlamat organisasi.
B. Perancangan terperinci segala sumber input untuk pengeluaran, dengan tindakan yang perlu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
C. Perancangan terperinci segala sumber input untuk pengeluaran, dengan tindakan yang perlu dalam jangka masa tertentu.
D. Penetapan proses supaya pengeluaran kaedah sesebuah organisasi dapat dicapai.
E. Perancangan sumber input bagi hasilkan output yang diperlukan.

SOALAN 11

Berikut merupakan jenis peramalan yang berkait rapat dengan pengeluaran sesuatu produk dan perkhidmatan bagi sesuatu organisasi.

A. Peramalan permintaan.
B. Peramalan ekonomi.
C. Peramalan teknologi.
D. Peramalan bahan mentah.
E. Peramalan pengguna.

SOALAN 12

Terdapat 3 had masa dalam peramalan. Bagi peramalan jangkaan belian dari pelanggan, had masa manakah yang paling sesuai;

A. Jangka pendek.
B. Jangka sederhana dan jangka panjang.
C. Jangka panjang dan jangka pendek.
D. A dan B
E. A dan C

SOALAN 13

Kaedah ramalan bersebab dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan pendekatan model data siri masa. Ini adalah kerana ia mengambil kira;

A. pembolehubah kuantiti.
B. model statistik.
C. item-item yang dikehendaki.
D. banyak faktor.
E. banyak faktor yang berkait rapat dengan pembolehubah bersandar.

SOALAN 14

Di antara aktiviti-aktiviti berikut aktiviti yang manakah terlibat secara langsung dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sesebuah syarikat.

A. kewangan
B. pemasaran
C. operasi
D. penjawatan
E. pentadbiran

SOALAN 15

Di antara berikut, yang manakah BUKAN kaedah peramalan secara kualitatif?

A. Kaedah Delphi.
B. Pendapat juri eksekutif.
C. Komposit jurujual.
D. Kaedah naïf.
E. Kajian pasaran.

SOALAN 16

Di antara kaedah peramalan berikut, yang manakah merupakan kaedah peramalan model bersebab?

A. Pelicinan eksponen.
B. Regresi linear
C. Purata bergerak.
D. Kaedah Delphi
E. Kaedah naif.

SOALAN 17

Kaedah peramalan ini dilakukan dengan anggapan bahawa kejadian yang berlaku pada masa hadapan adalah sama dengan yang telah berlaku sebelum ini.

A. Kaedah Delphi
B. Pelicinan Eksponen
C. Kaedah Naif.
D. Purata Bergerak.
E. Kajian Pasaran.

SOALAN 18

Kaedah yang paling sesuai untuk meramalkan permintaan produk atau perkhidmatan baru ialah

A. Kaedah pelicinan eksponen.
B. Pendapat juri eksekutif
C. Komposit jurujual
D. Kaedah naif
E. Purata bergerak

SOALAN 19

Kaedah ini memerlukan sekumpulan pekerja dalam organisasi yang mahir untuk membuat ramalan dengan memberi pendapat tentang permintaan masa depan bagi sesuatu keluaran disebut sebagai

A. Teknik Delphi
B. Petunjuk Ekonomi
C. Kaedah Pendapat Kolektif
D. Kaedah Garis Regresi
E. Analisis Siri Masa

SOALAN 20

Berikut adalah keburukan penggunaan Exponential Smoothing pada purata bergerak KECUALI:

A. Risiko membuat kesilapan sentiasa wujud
B. Ramalan jangka masa pendek dihasilkan
C. Pemprosesan data sejarah dengan kos penyimpan yang rendah
D. Ramalan mesti diubahsuai mengikut musim kitaran atau residual
E. Permintaan masa lalu dijadikan asas yang penting

Hantar : Khamis (18.02.2010)

4 comments: