Tuesday, February 9, 2010

chapter 1

DEFINISI PENGURUSAN OPERASI


Pengeluaran dapat didefinisikan sebagai mengeluarkan barangan atau perkhidmatan.

Fungsi pengeluaran menunjukkan perhubungan antara input dengan output yang bermaksud kuantiti maksimum sesuatu barang yang dikeluarkan pada satu masa tertentu dengan menggunakan kombinasi input yang tertentu

Pengurusan pengeluaran pula merujuk kepada satu system yang mengandungi semua aktiviti-aktiviti yang penting dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

Sistem pengeluaran ini dipanggil sebagai proses transformasi iaitu proses yang menukarkan input menjadi output dengan mengambilkira maklumbalas dan perubahan daripada persekitaran.

Proses ini memerlukan perancangan, pengarahan dan pengawalan yang cekap daripada pengurusan operasi supaya syarikat dapat memaksimumkan output.

Terdapat 4 komponen utama di dalam system pengeluaran iaitu:

a. Input (sumber)
b. Proses transformasi
c. Output (hasil)
d. Maklumbalas dari persekitaran

Sistem Pengeluaran

Input
Input atau sumber adalah bahan-bahan asas yang diperlukan bagi tujuan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan seperti manusia, bahan mentah, pengurusan, peralatan, kewagan dan maklumat.

Proses transformasi
Merujuk kepada proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran aktiviti penukaran input kepada output yang melibatkan strategi-strategi operasi.

Output
Merupakan hasil terakhir yang didapati daripada proses tersebut seperti barangan atau perkhidmatan, keuntungan atau kerugian, kepuasan hati dan pertambahan pekerja dan pengguna.

Maklumbalas dari persekitaran

• Transformasi adalah dianggap sebagai tidak statik kerana ia boleh dipengaruhi oleh persekitaran yang akan memberikan maklumbalas kepada syarikat.
• Oleh itu syarikat perlu peka kepada persekitaran supaya kawalan terhadap proses transformasi boleh dilakukan.
• Terdapat dua jenis factor persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.
• Persekitaran dalaman boleh didefinisikan sebagai factor-faktor yang berada di dalam syarikat seperti sikap pekerja, suasana di syarikat dan peranan pihak pengurusan di mana faktor-faktor boleh disimpulkan sebagai budaya syarikat.
• Persekitaran luaran pula merujuk kepada factor-faktor di luar syarikat seperti pembekal, kerajaan, pesaing, pemegang saham, penggunaan teknologi, sosial dan ekonomi.
• Syarikat perlu mengambil kira maklumbalas-maklumbalas daripada kedua-dua persekitaran tersebut supaya kecekapan dan keberkesanan proses transformasi dapat ditingkatkan.

TUJUAN utama aktiviti pengeluaran dapat dilakukan dalam perniagaan adalah untuk:

Memenuhi permintaan dan pesanan daripada pelanggan

Memenuhi kehendak pasaran agar pelanggan dapat kepuasan dari penggunaan produk/perkhidmatan tersebut

 Beroperasi pada kos yang paling minimum

Kos mempengaruhi keuntungan syarikat. Oleh itu kos minimum dapat memaksimumkan keuntungan

 Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi

Produk/perkhidmatan yang bermutu tinggi kerana ia member kesan kepada volum jualan dan keuntungan syarikat

 Meletakkan harga yang berpatutan dengan kos operasi

Skil pengeluaran secara besar-besaran akan merendahkan kos pengeluaran, oleh itu harga yang berpatutan dapat ditawarkan















SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI



• Di dalam pengurusan pengeluaran, organisasi merujuk kepada entiti perniagaan yang diwujudkan untuk menjalankan perniagaan samada berorientasikan produk atau perkhidmatan. Contohnya kilang membuat kasut sukan dan klinik

• Setiap organisasi adalah berlainan antara satu sama lain dari segi output, proses transformasi dan inputnya. Input adalah penting kerana dari input inilah output akan dihasilkan melalui proses transformasi dan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan inilah yang akan mencerminkan sesebuah organisasi tersebut.

• Sistem pengurusan organisasi melibatkan jabatan-jabatan yang saling bekerjasama untuk menguruskan perniagaan seperti jabatan kewangan/akaun, jabatan pengeluaran/operasi, jabatan pemasaran/jualan dan jabatan sumber manusia/personal.

• Contohnya apabila jabatan pengeluaran akan melakukan proses pengeluaran maka kerjasama dari jabatan kewangan diperlukan untuk membeli mesin dan bahan mentah manakala jabatan sumber manusia perlu mencari tenaga pekerja dan apabila produk telah dihasilkan maka jabatan pemasaran perlu mencari pelanggan agar produk terjual untuk mendapat keuntungan.



Koordinasi antara aktiviti-aktiviti untuk proses transformasi

Koordinasi Operasi dan Pemasaran

 Operasi dan pemasaran adalah antara dua asas penting perusahaan moden tidak kira untuk pembuatan atau perkhidmatan

 Koordinasi antara keduanya amat diperlukan dan ianya bergantung besar kepada system pengeluaran yang terlibat dalam perusahaan tersebut.

 Koordinasi yang dimaksudkan antara operasi dan pemasaran adalah berlandaskan hanya kepada kajian reaksi terhadap output yang dikeluarkan dan bukannya dari segi mempromosikan output tersebut.

 Pemasaran bertanggungjawab menyelidiki gerak laku pengguna dalam menilai dan menggunakan output termasuk member idea-idea atau maklumbalas yang diharapkan dapat menyempurnakan kehendak dan keperluan mereka.

 Daripada kajian inilah operasi akan mengetahui sejauh mana pencapaian terhadap output dan akan memperbaiki proses transformasi jikalau terdapat kelemahan.







Koordinasi Operasi dan Kewangan

 Kewangan lebih mengkhususkan kepada pemerhatian terhadap kos, keuntungan, pelaburan dan aliran dana syarikat.

 Koordinasi yang wujud antara operasi dan kewangan adalah lebih berbentuk kawalan terhadap kos dan kewangan supaya jumlah pulangan yang menguntungkan diperolehi sejajar dengan modal yang dikeluarkan.

 Kawalan terhadap kos dan kewangan melibatkan keputusan pembelian input seperti bahan mentah dan perbelanjaan overhead terhadap output yang hendak dikeluarkan seperti peralatan rekabentuk, proses dan sebagainya.

Koordinasi Operasi dan Pembelian

 Jelas sekali daripada system pengeluaran bahawa mutu output yang dikeluarkan adalah bergantung kepada input yang digunakan dan proses transformasi yang terlibat.

 Penggunaan input adalah merujuk kepada bahan mentah yang digunakan manakala proses transformasi pula merujuk kepada strategi-strategi operasi yang memainkan peranan penting dalam menukarkan input menjadi output.

 Adakalanya bahan mentah yang digunakan adalah terhad kerana pembeliannya bergantung kepada beberapa factor seperti pembekal dan bekalan.

 Maka di sinilah operasi memainkan peranan penting dengan menggunakan kaedah pengurusan inventori untuk memastikan kecukupan bekalan bahan mentah bagi memenuhi permintaan pengguna.

Koordinasi Operasi dan Sumber Manusia

 Apabila menyentuh tentang pengeluaran tentunya ia melibatkan pekerja.

 Kepentingan pekerja kepada syarikat tidak harus dipandang ringan kerana mereka adalah input yang terpenting dan merupakan asset syarikat.

 Sumber manusia memainkan peranan penting dalam menyediakan pekerja kepada sistem pengeluaran terutama di peringkat proses transformasi.

 Manakala operasi pula memainkan peranan penting di dalam menyenaraikan ciri-ciri pekerja yang dikehendaki supaya mendapat pekerja yang betul-betul memenuhi kriteria untuk berada dalam proses transformasi bagi melaksanakan strategi-strategi operasi.











FUNGSI PENGELUARAN DAN OPERASI

Fungsi utama ialah menukarkan input menjadi output.



3 konsep penting di dalam system pengeluaran ialah:

i. Sistem pengeluaran – menerima input dalam bentuk bahan mentah, pekerja, modal, mesin, kemudahan dan maklumat.

ii. Subsistem penukaran – input akan ditukarkan dalam subsistem penukaran menjadi produk atau perkhidmatan yang dipanggil output.

iii. Subsistem kawalan – berfungsi untuk menentukan samada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan boleh diterima atau tidak dari segi kuantiti, kos dan kualiti. Jika tidak dapat diterima, tindakan pembetulan dan penambahbaikan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan.



SISTEM – merujuk kepada satu set komponen yang berkaitan berinteraksi melaksanakan beberapa fungsi dan mempunyai matlamat berhubungan secara keseluruhan.



SUBSISTEM – merujuk kepada komponen yang berkaitan



INPUT – terbahagi kepada 3 kategori asas iaitu:

i. Input luaran – selalunya berbentuk maklumat yang memberikan pengetahuan kepada pihak pengurusan tentang keadaan di luar system pengeluaran seperi input politik, input undang-undang, input social, input ekonomi dan input teknologi.

ii. Input pasaran – berbentuk maklumat seperti maklumat persaingan, rekabentuk produk, citarasa pengguna dan syer pasaran untuk memenuhi kehendak pasaran.

iii. Input sumber primer/asas – input yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran dan penghantaran produk atau perkhidmatan seperti bahan mentah, pekerja, modal, barangan modal dan kemudahan utiliti (elektrik, air, gas dan minyak).



OUTPUT – selalunya dalam 2 bentuk iaitu:

i. Bentuk nyata – seperti kasut, ubat gigi, kereta dan kek.

ii. Bentuk tidak nyata – iaitu pekhidmatan seperti insurans, perubatan, pendidikan dan perbankan.









Pembuatan keputusan dalam pengeluaran dan operasi

 Melibatkan 3 kategori pembuatan keputusan

i. Keputusan strategik

Meliputi keputusan strategic mengenai produk, proses dan kemudahan yang memberikan kesan jangka panjang (melebihi setahun) ke atas organisasi. Contohnya pengeluaran produk baru, kilang baru, lokasi baru, lokasi kilang dan kapasiti pengeluaran.

ii. Keputusan operasi

Merujuk kepada keputusan untuk memenuhi keperluan dan permintaan dari pelanggan untuk masa sekarang dan masa hadapan. Contohnya menentukan amaun inventori/stok yang perlu disimpan untuk setiap produk, tahap pengeluaran yang diperlukan dan mengadakan overtime atau subkontrak.

iii. Keputusan kawalan

Merujuk kepada perancangan dan kawalan operasi yang melibatkan aktiviti harian pekerja, kualiti produk dan perkhidmatan, kos pengeluaran dan overhead serta penyelenggaraan mesin.

Faktor / Elemen-elemen yang terlibat dalam pengeluaran dan operasi

i. Perancangan sistem pengeluaran dan operasi

ii. Pengorganisasian sumber modal dan sumber manusia

iii. Pengarahan operasi dan personal

iv. Penilaian prestasi pekerja

Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti pengeluaran dan operasi

i. Persaingan global / sejagat

ii. Kualiti, perkhidmatan pelanggan dan kos

iii. Perkembangan teknologi

iv. Perkembangan sector perkhidmatan

v. Sumber pengeluaran yang terhad

vi. Tanggungjawan social













PENGURUSAN ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA (PERSONAL)

Tidak mungkin sesebuah organisasi dapat diwujudkan tanpa ada sumber manusia yang membantunya walaupun perniagaan tunggal.

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan pekerja yang berkhidmat dengan sesebuah organisasi dan dipimpin oleh seorang pengurus yang dikenali sebagai Pengurus Sumber Manusia.

Jabatan Sumber Manusia menjadi orang tengah di antara pekerja dengan organisasi iaitu pihak atasan dalam memastikan bahawa pekerja bekerja untuk mencapai matlamat yang diingini oleh pihak oranisasi.

Bagi memastikan pekerja dapat menjalankan tugas dengan baik maka keperluan pekerja harus dipenuhi oleh pihak organisasi yang terdiri daripada keperluan:

i. Keperluan nyata – berbentuk kewangan seperti gaji, bonus, elaun, pampasan dan berbentuk material seperti piala, lencana dan surat pujian/ anugerah.

ii. Keperluan tidak nyata – merangkumi pujian dari majikan, kepuasan bekerja, status, kuasa pembuatan keputusan, kesesuaian pergaulan, rasa pemilikan kepada organisasi dan bangga bekerja dengan organisasi.

Sumber manusia adalah golongan pekerja yang berasaskan asas fizikal dan asas mental.

Pekerja yang berasaskan fizikal juga dikenali sebagai pekerja kolar biru, terdiri dari pekerja di peringkat bawahan yang banyak menggunakan tenaga fizikal untuk melakukan kerja seperti buruh binaan dan buruh di lading.

Pekerja yang berasaskan mental pula dikenali sebagai pekerja kolar putih yang terdiri dari golongan professional di peringkat atasan dan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran untuk mendapatkan idea dan konsep.





















SISTEM PENGURUSAN KUALITI (TQM)

TQM adalah atas dasar kerjasama dalam menjalankan usaha-usaha perniagaan yang bergantung kepada bakat dan kebolehan buruh dan pengurusan secara menyeluruh.

Prinsip-prinsip TQM

1. Kepuasan pelanggan - ‘meeting and exceeding’

- pelanggan terdiri dari dalaman dan luaran.

- TQM terlibat dengan semua spek terutamanya aspek-aspek kemanusiaan.

Pelanggan

Pembekal Pembekal



Pelanggan

‘Transperance management’ - with one feeling favour

- complaints, ideas and comment

- have to know what the customer want

- R & D needed to offer ground product

- check list

2. Top management leadership and commitment

Top management - membuat polisi

- mesti komunikasikan apa-apa polisi kepada pekerja.

Pemimpin - pengurus

- bukan dilahirkan - ‘construct’

- perlu belajar

- mesti tahu membina konsep yang betul

- set the vission/mission

- have to set vission for subordinate to work



3. Pengukuran dan Jaminan Kualiti

- Bagi menjaminkan kualiti proses dokementasi diperlukan.

4. Teamwork

- all activities

- SGA ( small group activities ) } 7 QC tools

- WIT ( Work Improvement Team )}

- WQT ( Work Quality Team) }

7 QC tools - to measures qualities

5. Penghargaan dan Ganjaran (Recognition and Reward)

- Pekerja perlukan penghargaan

- Pihak pengurusan perlu memberi ganjaran yang sesuai

- kita hanya perlukan sejumlah kecil sahaja perbelanjaan untuk mencipta kualiti yang dikehendaki

6. Peningkatan yang berterusan - ‘Kaizen’

Plan }

Do } Deming cicrles

Check/measure }

Action }

7. Pendekatan berfakta dalam membuat keputusan

- Data yang tepat dan sesuai digunakan

- Keputusan berdasarkan hasil analisa/kajian sesuai dengan pengalaman dan kebolehan diri

8. Hubungan baik antara syarikat dengan pembekal/ subkont.

- Ketulusan di dalam komunikasi

No comments:

Post a Comment