Tuesday, February 9, 2010

chapter 4

TEKNIK-TEKNIK SUSUN ATUR DAN LOKASI


• Keperluan bangunan dan kelengkapan pengendalian bagi sesebuah organisasi harus ditentukan setelah prosedur perancangan operasi mengenai ramalan jualan dan kapasiti pengeluaran dilakukan.

• Keperluan bangunan sesebuah organisasi ditentukan oleh:
a. Jenis dan jumlah ruang untuk disimpan bahan mentah komponen, bekalan, kelengkapan dan kakitangan yang diperlukan bagi proses pengeluaran.
b. Jenis dan jumlah ruang perlu untuk menyimpan dan menempatkan kerja dalam proses dan barang-barang siap.

• Bagi keperluan alat-alat dan kelengkapan pengendalian boleh ditentukan dari segi jenis dan jumlah kelengkapan yang diperlukan bagi pengeluaran.

• Ramalan jualan akan ditukar menjadi jadual pengeluaran dan jadual perolehan yang paling ekonomi untuk barang-barang akan dibeli bagi menentukan:
a. Jenis factor pengeluaran, kerja dalam proses dan barang siap yang sedia ada pada ketika masa tertentu dalam masa akan dating.
b. Jenis bangunan dan kelengkapan pengendalian yang perlu untuk menyimpan dan mengangkut barang-barang.

• Jenis bangunan dan kelengkapan pengendalian yang pelu untuk menyimpan dan mengangkut barang-barang.

• Jenis dan jumlah ruang yang perlu bergantung kepada jenis dan jumlah kelengkapan pengendalian bahan terlibat.

• Selepas menentukan jabatan-jabatan yang harus dibentuk, mesin dan alat-alat yang akan dissusun di dalamnya, pihak pengurusan mesti menentukan cara penyusunan atau susunatur kemudahan-kemudahan pengeluaran supaya melicinkan pengeluaran, mengurangkan kos dan sebagainya.

• Penyusunan perkakasan di kilang atau pejabat adalah sangaat penting kerana ia merupakan satu strategi bagi meminimumkan bebanan peralihan bahan dari satu bahagian ke satu bahagian.

• Susunatur yang kemas, teratur, efektif dapat meningkatkan kepantasan dan kecekapan menjalankan sesuatu kerja.

• Keputusan strategi susunatur boleh mempengaruhi cara bekerja dan bagaimana pekerja boleh melakukan kerja dengan cekap.

• Komponen-komponen perkakasan seperti manusia, mesin, peralatan, jabatan dan stesen kerja boleh direkabentuk susunaturnya dengan pelbagai pilihan berikut:

Menggunakan kesemua ruang yang ada seperti bangunan / pejabat, peralatan, mesin dan pekerja.
Menambahbaikan pengaliran maklumat, peralihan maklumat, peralihan bahan dan pergerkan pekerja
Menambaikkan suasana persekitaran di tempat kerja
Menambaikkan interaksi dan perkhidmatan kepada pelanggan

Jenis-jenis susunatur

• Keputusan strategi susunatur memfokuskan kepada penyusunan terbaik dan efektif bagi mesin-mesin dan peralatan di kilang, perabot-perabot dan jabatan-jabatan di pejabat atau lokasi-lokasi terbaik di pusat perkhidmatan seperti hospital, restoran dan kedai runcit.

• Terdapat 6 jenis pendekatan bagi mencapai objektif strategi susunatur:

1 Susunatur Kedudukan Tetap Susunatur bagi produk yang tetap seperti pembinaan rumah, bangunan dan pelantar minyak

2 Susunatur Proses Susunatur bagi proses pengeluaran yang menghasilkan pelbagai jenis produk fizikal atau proses penyediaan perkhidmatan yang rendah bilangan unitnya seperti universiti dan bank

3 Susunatur Pejabat Susunatur perabot, jabatan-jabatan atau pejabat dan penggunaan ruang bagi pengaliran maklumat

4 Susunatur Runcit Susunatur yang menyediakan ruang para yang menarik dan yang bertindak balas dengan gelagat pengguna

5 Susunatur Gudang Susunatur yang berkaitan dengan ruang, pertukaran dan pengaliran bahan

6 Susunatur Produk Susunatur yang berkaitan dengan penggunaan personel dan mesin secara optimum dalam pengeluaran berulang dan berterusan



Susunatur Kedudukan Tetap

• Susunatur kedudukan tetap biasanya digunakan untuk produk yang tidak mudah dialihkan iaitu ia perlu berada di suatu tempat yang tetap dan barangan yang hendak dibuat terlalu besar dan berat.
• Pekerja, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melaksanan kerja akan di bawa ke stesen tersebut.
• Secara am, pengurus operasi bagi susunatur ini perlu ke tempat kerja tersebut bagi mengurus dan menyediakan segala keperluan.
• Contoh: pembinaan rumah, bangunan, jalanraya, jejantas dan hal-hal yang melibatkan projek yang besar.
• Biasanya peralatan-peralatan di susunatur kedudukan tetap di sewa kerana penggunaan mereka adalah dalam satu tempoh masa yang terhad sahaja.
• Pekerja-pekerja yang diambil bekerja adalah pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan upah yang diberi adalah tinggi.
• Oleh itu kos tetap untuk susunatur kedudukan tetap adalah rendah kerana peralatan-peralatan kebanyakkannya di sewa oleh syarikat.
• Manakala kos berubah adalah tinggi kerana kadar kos buruh, penyewaan dan pergerakan peralatan yang tinggi.
Rajah :

Susunatur Proses

• Susunatur proses biasa digunakan bagi menyusun proses-proses pengeluaran yang pelbagai produk atau perkhidmatan.
• Ia sangat sesuai dan berkesan apabila membuat pelbagai produk yang berbeza kerperluan pelanggannya atau apabila menangani pengguna, pesakit atau pelanggan yang berbeza kehendak dan kerenah.
• Contoh: hospital, pasaraya, klinik, bank, kedai baiki kereta dan perpustakaan.
• Kebaikan susunatur proses adalah kebolehan mudahalih buruh dan peralatan yang ditugaskan
• Contoh apabila seorang pekerja tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit, maka tugas beliau itu akan diambil alih oleh pekerja lain yang mempunyai kemahiran yang sama
• Dalam susunatur proses peralatan-peralatan yang digunakan kebanyakkannya lebih bertujuan umum
• Dengan kata lain, susunatur proses pengambilan masa yang lama bagi memenuhi pesanan pelanggan kerana penjadualannya yang rumit dan pesanan pelanggan yang pelbagai.
• Keburukkannya pula adalah di sebabkan oleh peralatannya bertujuan umum, maka latihan dan pendidikan kepada pekerja-pekerja mahir perlu ditingkatkan sentiasa supaya mereka lebih berkemahiran dan kekal dengan teknologi baru.
• Di samping itu inventori kerja dalam proses yang tinggi pula akan meningkatkan pelaburan ke atas pengurusan inventori.
• Walaubagaimana pun objektif susunatur proses adalah untuk meminimumkan kos peralihan bahan dari satu stesen kerja ke satu stesen kerja yang lain.
• Oleh itu stesen kerja yang mempunyai peralihan bahan yang banyak atau pergerakan pekerja yang ramai perlu diletakkan bersebelahan atau berhampiran dengan stesen kerja yang berikutnya
• Dengan kata lain, peralihan bahan bergantung kepada

i. Bilangan bahan (pekerja) yang perlu dipindahkan di antara dua stesen kerja
ii. Kos seunit untuk memindahkan di antara dua stesen kerja

Rajah :

Kebaikan Susunatur Proses

• Membolehkan kebolehubah
• Memungkinkan penyeliaan pakar
• Dapat mengatasi kerosakan
• Penyelenggaraan pemeriksa mudah

Kelemahan Susunatur Keluaran

• Kerja dalam proses adalah tinggi
• Kos pengendalian bahan adalah tinggi
• Kemungkinan kelalaian atau kehilangan beberapa pekerja atau butiran
• Banyak melibatkan perancangan dan kawalan pengeluaran
• Masa pengeluaran adalah lama

Susunatur Pejabat

• Pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat di susunatur dengan baik bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan kemudahan aliran maklumat.
• Perubahan teknologi telah banyak mengubah cara merekabentuk susunatur pejabat
• Pengurus operasi perlu memaksimumkan keanjalan susunatur pejabat di samping mengekalkan kepentingan asas bagi susunatur.
• Keputusan strategi susunatur pejabat adalah satu gabungan seni dan sains di mana bahagian sains sahaja di analisis mengikut aliran susunatur proses.
• Bahagian seni seperti suasana yang ceria di tempat kerja, kerja berkumpulan, kuasa dan peranan yang dimainkan masih perlu dikekalkan.
• Nilai-nilai berestetika perlu diterapkan pada susunatur pejabat kerana ia memberi nilai tambah kepada pelanggan. Contohnya seperti warna bilik dan muzik berirama perlahan dapat memberi keternangan kepada pesakit

Susunatur Runcit

• Susunatur Runcit adalah berasaskan kepada konsep jualan dan keuntungan, di mana semakin tinggi pendedahan pelanggan kepada semua produk yang mungkin.
• Bagi mencapai objektif tersebut pengurus operasi perlu menentukan susunatur runcit yang berkesan dengan menggunakan lima panduan yang berikut:

i. Menempatkan item yang tinggi pealihannya berhanpiran dengan stor seperti susu segar, ikan, daging dan sayur-sayuran. Barang-barang yang mudah rosak perlu disusunatur berhampiran dengan stor.
ii. Menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi permintaan dan marginnya seperti barang-barang dapur, keperluan harian dan peribadi
iii. Mempamerkan item-item yang dapat menguasai pembelian )item berkuasa) berhampiran dengan item-item lain supaya dapat meningkatkan pendedahan barangan tersebut kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan jualan.
iv. Menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar pendedahan kepada pelanggan adalah tinggi terutama ketika menunggu giliran untuk membuat pembayaran.
v. Menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai dengan menempatkan di bahagian hadapan pintu masuk

• Walaubagainapun objektif utama susunatur runcit adalah untuk memaksimumkan keuntungan sekaki persegi bagi setiap keluasan ruang yang ada.
• Jadi pengggunaan ruang pasaraya/kedai secara maksimum dan berkesan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat.

Susunatur Gudang atau Stor

• Susunatur gudang dan stor melibatkan penggunaan ruang gudan dan kos pergerakan bahan
• Objektif susunatur ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan ruang disamping mengekalkan kos pergerakan yang minimum.
• Kos-kos yang terlibat semasa pergerakan bhanan adalah peralatan dan pengangkutan, pekerja, stor, bahan, pengawalselia, insuran dan susutnilai.
• Susunatur gudan yang efektif perlu meminimumkan bahan meminimumkan penggunaan sumber semasa mencari, mencapai dan mengalihkan bahan.

Susunatur Produk

• Susunatur produk melibatkan penyusunan mengikut jenis-jenis produk.
• Ia digunakan untuk pengeluaran produk yang bilangan unitnya besar dan kepelbagaian produk yang rendah.
• Pengurus operasi perlu membuat keputusan susunatur produk dengan membuat andaian-andaian seperti berikut:

i. Bilangan unit yang besar untuk penggunaan peralatan yang tinggi.
ii. Permintaan terhadap produk adalah tetap bagi memastikan pelaburan yang tinggi dalam sesuatu peralatan tertentu
iii. Produk biasanya diseragamkan
iv. Bekalan bahan mentah dan komponen perlu cukup dan seragam bagi mempastikan operasi lancar dengan peralatan tersebut.

• Susunatur produk digunakan dalam pembuatan yang berulang dan berterusan adalah sebuah mesin yang bersiri yang digunakan untuk membuat bahagian logam komputer atau rangka radio dan kereta.
• Manakala barisan pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti pemasangan komponen-kompoenen komputer dan set televisyen sehingga produk-prroduk tersebut siap.
• Produk-produk tersebut akan bergerak melalui mesin automatic seperti alat pembawa(conveyor).
• Oleh itu kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin pertama mesti seimbang dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di stesen kerja berikutnya.
• Barisan pembuatan melibatkan penggunaan mesin-mesin dan memerlukan perubahan mekanikal dan kejuruteraan untuk mengawal keseimbangan.
• Manakala barisan pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti pemasangan pula adalah sebuah stesen kerja yang bersiri seperti pemasangan komponen-komponen komputer dan set televisyen sehingga proudk-produk tersebut siap.
• Produk-produk tersebut akan bergerak melalui mesin automatic seperti alat pembawa (conveyor).
• Oleh itu kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin pertama mesti seimbang dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mesin berikutnya.
• Begitu juga kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di satu stesen kerja mesti seimbang dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja di stesen kerja berikutnya.
• Barisan pembuatan melibatkan penggunaan mesin-mesin dan memerlukan perubahan mekanikal dan kejuruteraan untuk mengawal kesimbangan.
• Manakala barisan pemasangan melibatkan penggunaan tugas kerja kepada pekerja atau stesen kerja.
• Ia boleh diseimbangkan dengan memindahkan tugasan dari individu atau stesen adalah sama.
• Objektif pengurusan operasi dalam susunatur produk adalah untuk mendapatkan aliran yang lancar dan berterusan bagi barisan pemasangan dengan masa sis-sia (idle) yang minimum di setiap kerja
• susunatur boleh menggunakan keluaran berbentuk ------- lurus, U atau L
Rajah:

Kebaikan Susunatur Keluaran

• Mengurangkan pengendalian bahan
• Boleh melakukan kerja yang kecil dalam sesuatu proses
• Memudahkan rancangan pengeluaran dan pengawalan
• Mengurangkan jumlah masa pemprosesan

Kelemahan Susunatur Keluaran

• Mengakibatkan fleksibiliti pemprosesan yang kurang
• Mengurangkan fleksibiliti masa
• Proses pengeluaran bergantung di antara satu sama lain
• Menyebabkan kebosanan kepada pekerja

Strategi Susun Atur

1. RANGKA KEMUDAHAN SUSUN ATUR

 Jenis dan ciri-ciri susun atur
 Proses susun atur
 Produk susun atur
 Jenis-jenis susun atur yang lain

2. DEFINISI

 Perancangan susun atur melibatkan membuat keputusan tentang susunan fizikal untuk pusat aktiviti ekonomi dalam suatu kemudahan
 Pusat aktiviti ekonomi membawa maksud sesuatu yang menduduki ruangan fizikal
 Matlamatnya ialah membenarkan berlakunya sumber fizikal yang efektif dalam syarikat

3. SOALAN YANG DITUJUKAN

 Apakah pusat yang patutu dirangkumi oleh susun atur?
 Berapa ruangan dan kapasiti yang diperlukan oleh setiap pusat?
 Berapakah setiap ruangan pusat patut dibentuk?.
 Di manakah setiap pusat perlu dilokasikan?.

4. INPUT

 Objektif susun atur
 Permintaan produk / perkhidmatan
 Keperluan proses
 Ruangan yang tersedia ada
 Kelakuan dan keperluan mengurus

5. KRITERIA PERSEMBAHAN

 Pelaburan modal
 Pengurusan material
 Buruh, ruangan dan kecekapan material
 Flesibiliti
 Persekitaran kerja
 Komunikasi, produktiviti dan lain-lain

6. TUJUAN PERANCANGAN SUSUNATUR

 Memudahkan aliran manusia, material dan maklumat
 Meningkatkan utility buruh dan alatan
 Meningkatkan keselesaan pelanggan dan jualan
 Mengurangkan risiko pekerja
 Memperbaiki moral dan komunikasi

Faktor-faktor susun atur

i. Pengawalan alat perkakas dan material

 Pengurus harus memutuskan alat perkakas mana yang akan digunakan, termasuk alat pengangkuatan, jentera, gudang automatic, kereta automatic untuk menghantar dan menyimpan material.

ii. Kapasiti dan keperluan ruangan

 Setelah mengetahui penggunaan kakitangan, mesin dan keperluan peralatan, susunatur untuk memberi ruangan untuk tiap-tiap komponen tersebut harus dibuat. Pengurus operasi harus membuat susun atur tentang jumlah ruangan yang diperlukan untuk setiap pekerja, bilik pengurus dan sebagainya. Pengurus harus mempertimbangkan keperluan keselamatan seperti memastikan perkerja bekerja dalam situasi yang paling selamat.

iii. Persekitaran kerja

 Susun atur tentang tingkap, ketinggian bilik dan lain-lain lagi yang memudahkan pengaliran udara, mengurangkan kebisingan dan sebagainya.

iv. Pengaliran maklumat

 Komunikasi adalah sangat penting untuk sesebuah operasi. Ia membolehkan pengurus dan perkerja saling berinteraksi untuk kepentingan syarikat.

Susunatur peralatan yang baik dan mengikut cara yang sistematik akan memberikan hasil kerja yang baik. Objektif yang mendorong organisasi melakukan susun atur peralatan di dalam premis mereka.

o Menyediakan suasana kerja yang baik agar barang dan perkhidmatan dapat dikeluarkan pada kualiti dan kuantiti yang dikehendaki dengan kos yang paling minimum
o Mengurangkan kemalangan dan kesukaran semasa bekerja
o Mempercekapkan lagi kerja atau operasi
o Menggunakan segala ruang yang ada dengan lebih cekap dan berkesan
o Meningkatkan moral pekerja semasa bekerja

Alat Laluan Boleh Ubah

alat ini boleh bergerak melalui laluan-laluan yang sempit dan berliku. Terdiri dari jenis trak dan traktor. Digunakan untuk membawa bahan mentah dan barang siap. Alat ini direkabentuk untuk disesuaikan dengan jarak perjalanan.

Alat Laluan Tetap

alat ini ditempatkan di tempat yang khas dan ia tidak boleh diubah – ubah. Yang berubah hanyalah pembawa bahan seperti rantai, tali dan roda. Alat ini sering digunakan di kilang yang mempunyai susunatur barangan seperti kilang memasang kereta dan membotolkan minuman. Terdiri dari penghantar beroda dan penghantar bertali.

Lokasi

• lokasi adalah kedudukan sesuatu tempat seperti kedudukan sebuah kilang pembuatan atau organisasi perkhidmatan.
• Pengurus operasi perlu membuat keputusan strategi lokasi bagi menempatkan sesebuah operasi.
• Keputusan lokasi yang baik akan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan keuntungan syarikat kerana ia akan mempengaruhi kedua-dua kos tetap dan kos berubah.
• Kebiasaannya harga jualan adalah terdiri daripada 25% kos bagi pengangkutan.
• Keputusan strategi lokasi dibuat berasaskan kepada pelbagai faktor seperti faktor perubahan produktiviti buruh, nilai matawang, kos atau sikap pengguna tempatan
• Selain itu perubahan demografi dan permintaan yang meningkat juga boleh menyebabkan sesebuah syarikat itu membuat keputusan untuk menempatkan atau memindahkan fasiliti kilang atau perkhidmatan mereka ke sesuatu lokasi.

Pilihan Lokasi

• Terdapat empat pilihan bagaimana pengurus-pengurus boleh membuat pemilihan lokasi. Mereka boleh membuat keputusan lokasi dengan:

Membesarkan fasiliti asal
Mengekalkan lokasi asal disamping menambah fasiliti baru
Menutup fasiliti asal dan berpindah ke lokasi baru
Mengekalkan keadaan asal

Keputusan Strategi Lokasi

• Apabila sesebuah firma membuat keputusan di lokasi tertentu, kos yang terlibat adalah kos tetap bagi lokasi tersebut
• Lokasi tidak mudah diubah mengikut sesuka hati atau pada bila-bila masa.
• Ia memerlukan suatu perancangan jangka-panjang yang melibatkan semua bahagian
• Keputusan lokasi akan memberi kesan kepada jumlah keperluan, pelaburan, pendapatan, kos-kos operasi dan pengoperasian
• Sebagai contoh, pemilihan lokasi yang kurang baik bagi sebuah kilang akan menyebabkan syarikat mengalami kos pengangkutan yang tinggi kerana sukar mendapatkan bahan mentah di kawasan yang berhampiran atau syarikat akan kekurangan tenaga buruh kerana penduduk tempatan lebih suka bekerja sendiri

Objektif

• Objektif strategi lokasi adalah untuk memaksimumkan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada sesuatu lokasi itu kepada sesebuah firma atau syarikat.
• Walaubagaimanapun objektif utama bagi lokasi industri ialah untuk meminimumkan kos-kos yang terlibat dalam pengeluaran.
• Manakala objektif utama bagi lokasi perkhidmatan seperti peruncitan dan kepakaran ialah untuk memaksimumkan hasil/pendapatan.
• Disamping itu objektif strategi lokasi gudang pula adalah untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan kelajuan penghantaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan lokasi

• Kebanyakan syarikat mengambil keputusan untuk mencari lokasi baru bagi membuka sebuah kilang, pejabat, kedai runcit dan bank di luar Negara kerana kepesatan pasaran ekonomi dunia, kemudahan komunikasi antarabangsa yang baik, kepantasan perjalanan dan penghantaran, kemudahan aliran modal dan perbezaan kos buruh yang tinggi.
• Apabila syarikat membuat keputusan kea rah globalisasi, pemilihan fasiliti lokasi bagi menempatkan operasi mereka akan menjadi lebih rumit.
• Pertama, kita perlu memilih sebuah negara yang terbaik lokasinya, kemudian barulah memfokuskan kepada kawasan dan komuniti negara yang dipilih tadi.
• Langkah terakhir dalam pemilihan lokasi ini ialah memilih sesuatu daerah yang terbaik lokasinya dalam komuniti tersebut.
• Langkah-langkah dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi diringkaskan seperti di bawah:
• Faktor pemilihan negara:

Perundangan dan undang-undang kerajaan
Kestabilan politik dan ekonomi
Budaya dan sikap orang-orang tempatan
Lokasi pasaran
Kesediaan buruh, produktiviti dan kos
Bekalan bahan mentah, komunikasi dan tenaga
Pertukaran matawang

• Faktor pemilihan kawasan / komuniti:

Daya tarikan sesbuah kawasan seperti cukai, cuaca dan budaya
Kesediaan buruh, kos dan sikap kesatuan sekerja
Akta persekitaran bagi sesebuah kawasan
Insentif kerajaan
Berhampiran dengan bahan mentah, pelanggan dan tenaga buruh
Kos tanah dan pembinaan

• Faktor pemilihan daerah:

Keluasan saiz dan kos
Pengangkutan udara, air dan jalanraya
Zon larangan
Berhampiran dengan bekalan dan perkhidamatan seperti bank
Isu-isu alam sekitar dan keluarga

• Di samping globalisasi, banyak faktor lain lagi yang mempengaruhi keputusan lokasi seperti produktiviti buruh, pertukaran matawang, perubahan sikap terhadap industri, persatuan pekerja dan cukai kerajaan.

• Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor sahaja yang mendominankan keputusan lokasi

• Contohnya, kos pengangkutan mungkin menjadi faktor paling utama dalam keputusan lokasi industri. Manakala tumpuan pasaran dan kemudahan tempat letak kereta pula menjadi faktor paling utama dalam pemilihan lokasi bagi sesebuah perkhidmatan, seperti klinik atau pasaraya.

• Secara amalan, pengurus operasi akan membuat keputusan lokasi berdasarkan kepada dua keperluan asas.

• Pertama, keperluan lokasi yang berhampiran dengan capaian buruh yang tinggi adalah untuk mendapatkan kebaikan daripada kos upah yang rendah atau kemahiran teknikal yang tinggi.

• Kedua, keperluan lokasi yang berhampiran dengan capaian pelanggan atau kepadatan penduduk yang tinggi adalah untuk mendapatkan hasil dan keuntungan yang tinggi.

Produktiviti Buruh

• Pengurusan operasi perlu mengambilkira tentang kewujudan perbezaan produktiviti di pelbagai negara apabila membuat keputusan lokasi yang berdasarkan kepada kadar upah yang rendah.
• Prdouktiviti perlulah dikaitkan dengan kadar upah kerana kadar upah yang rendah tidak menjamin kos pengeluran yang rendah.

• Formula
Kos = Kos buruh sehari
          Produktiviti (bilangan unit sehari)

Pertukaran Matawang

• Firma-firma era baru perlu mengambilkiran keabikan-keabiakn yang terdapat daripada pertukaran matawang mereka dengan membesarkan kilang di luar negara, mendirikan kilang di luar negara atau mengeksport barangan ke luar negara.

Kos

• Kso lokasi adalah kos-kos yang terlibat dalam operasi pembuatan barangan dan operasi penyediaan perkhidmatan.
• Ia boleh dikategorikan dalam dua jenis kos iaitu kos ketara dan kos tak ketara
• Kos ketara ialah kos yang boleh dikenalpasti dan diukur dengan tepat
• Kos-kos tersebut adalah kos utility, buruh, bahan mentah, cukai, susut nilai dan lain-lain kos yang boleh dikenalpasti oleh jabatan akaun dan pengurusan.
• Kos tak ketara ialah kos yang tidak boleh diambilkir, tidak boleh dikenalpasti dan diukur.
• Kos-kos tersebut ialah kos pendidikan kualiti, fasiliti pengangkutan awam, sikap komunti terhadap industri dan syarikat, kualtiti, pendidikan dan sikap pekerja masa hadapan.
• Secara amnya, pengurus operasi akan cuab meminimumkan kos-kos yang terlibat dalam pengeluran dan kos-kos lain seperti kos pengangkutan dan penghantaran.

Sikap

• Sikap penduduk, negara dan kerajaan tempatan terhadap harta awam, pencemaran dan kestabilan pekerjaan adalah anjal.
• Ianya akan berubah mengikut keadaan putaran ekonomi dan politik.

Berhampiran dengan Pasaran

• Operasi perkhidmatan pelanggan atau pengeluaran barangan perlu membuat keputusan lokasi yang berhampiran dengan tumpuan pasaran mereka.
• Perkhidmatan pelanggan seperti restoran, kedai runcit, pejabat pos dan kedai farmasi perlulah berlokasi di kawasan yang berhampiran dengan tempat tumpuan pelanggan seperti berhampiran dengan kawasan perumahan, pejabat dan tempat letak kereta. Syarikat pembuatan perlu beroperasi dengan pasaran apabila pengangkutan bagi produk siap adalah sangat mahal, rapuh, mudah rosak, berat atau dalam kuantiti yang banyak.

Berhampiran dengan Pembekal

• Syarikat juga perlu mengambilkira tentang lokasinya suapaya berhampiran dengan sumber bahan mentah dan pembekal kerana kos pengangkutan, jumlah muatan yang banyak dan ketahanan daripada busuk/rosak.
• Contohnya, pengeluar susu segar dan hasilan tenusu banyak berurusan dengan bahan mentah yang tidak tahan lam, jadi mereka perlu beroperasi di lokasi yang berhampiran dengan pembekal bahan mentah
• Begitu juga dengan Syarikat Perabot Malaysia yang sangat bergantung kepada bahan mentah yang berat seperti kayu balak.
• Jadi kos pengangkutan yang tinggi adalah menjadi faktor utama untuk membuat keputusan lokasi

Kaedah Penilaian Lokasi

• Bagi memilih lokasi yang terbaik terdapat banyak faktor yang perlu diambilkira samada secara kualitatif atau kuantitatif.
• Kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan pemilihan lokasi ialah:

Kaedah faktor pengadaran
Kaedah titik pulang modal
Kaedah graviti-pusat
Kadah pengangkutan

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan lokasi

• tenaga buruh yang sesuai dan mencukupi
• kehampiran dengan pasaran
• kehampiran dengan pembekal
• ketersediaan bekalan tenaga dan perkhidmatan lain
• kos tanah, bangunan serta penyelenggaraan
• keadaan ilim
• keutamaan individu
• sekatan undang-undang
• factor politik

Jenis-jenis pengendalian

a. Konveyor

• bermaksud tali sawat
• ia dikenali sebagai penghantar bertali
• alat penghantar ini digerakkan dengan menggunakan kuasa motor berelektrik
• tali yang digunakan adalah daripada jenis getah
• fungsi adalah untuk menggerakkan atau mengangkut bahan-bahan yang berpukal ialah seperti perusahaan surat khabar, perusahaan membuat kain dan perlombongan
• firma yang mengendalikan bagasi adalah seperti syarikat penerbangan dan perkapalan
• selain penghantaran bertali juga terdapat penghantaran mangkok konveyor di kategori sebagai kategori mobility laluan tetap.

b. Trak

• Bermaksud jentera pengangkutan
• Antara jenis trak yang terdapat di dalam industry ialah trak, fork, trak industry dan trak platform
• Pelbagai jenis trak direka bentuk khas untuk mengangkut bahan-bahan mentah dan ada sesetengah pula digunakan untuk mengangkut barang mentah dan mengangkut barang siap.
• Trak direka bentuk untuk disesuaikan dengan jarak perjalanan
• Sesetengah boleh bergerak melalui laluan-laluan yang sempit dan berliku-liku
• Tidak dikategori sebagai mobility laluan boleh ubah

c. Crane

• Digunakan untuk memindahkan dan mengangkat benda-benda berat dari satu tempat ke satu tempat
• Contoh penggunaan Bridge crane di pelabuhan-pelabuhan untuk memindahkan kontena-kontena yang besar dan berat ke kapal-kapal
• Ianya berkait rapat dengan penggunaan jentera automotif dan mekanikal

Susun atur tetap

 Mengalamatkan keperluan susun atur untuk projek yang besar seperti bangunan dan kapal
 Bahan-bahan yang tidak bergerak seperti empangan
 Susun atur tetap merupakan susun atur yang direka bentuk untuk projek-projek besar di mana ia mengumpulkan ramai pekerja dan kelengkapan dalam satu tempat bekerja.
 Contoh ialah projek pembinaan perkapalan, projek pembinaan jambatan, projek pembinaan lebuhraya dan sebagainya.
 Sehingga kini, teknik untuk mengalamatkan susun atur tetap masih belum dibangunkan dan agak rumit.
 Teknik-teknik ini dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:

a. Ruangan yang terhad

b. Tahap pemprosesan yang berbeza, bahan mentah dan item yang berbeza

c. Volum bahan mentah yang diperlukan adalah dinamik.

 Industri yang berbeza akan menyelesaikan masalah-masalah ini dengan cara yang berbeza.

Contoh : Pembinaan kapal terbang Boeing

 Saiz dan kekompleksitian pengeluaran kapal terbang Boeing memerlukan susun atur tetap.
 Pembinaan adalah berperingkat di lokasi yang tetap.
 Boeing telah menyewa satu modular pembinaan untuk menghimpunkan bahagian-bahagian badan kapal terbangnya.
 Bahagian-bahagian ini seperti ekor, bahagian badan, sayap, bahagian depan badan dan hidung telah digabungkan di bawah susun atur posisi tetapi apabila gear mendarat dipasang dan kapal terbang sedia untuk pertama daripada lima operasi barisan perhimpunan yang terakhir.
 Pada posisi pertama dalam barisan perhimpunan, hidrolik, sayap dan penghawa dingin dipasang. Kemudian, kabel akan disambungkan kepada kepak sayap, pintu, bidai dan gear mendarat. Pada posisi ketiga, bahagian dalaman akan dipasang seperti bilik mandi, video, dapur dan gelongsor keselamatan. Selepas itu, pemasangan tempat duduk bekas overhed kadang-kadang dijalankan. Diikuti dengan enjin jet dan kokpit avionics.
 Pada peringkat akhir, stesen barisan perhimpunan penyambungan enjin dan interior dijalankan dan kemudian ujian percubaan dijalankan. Kapal terbang itu dialihkan ke bangunan yang lain untuk kerja mengecat selama 3 hari.

Susun atur berorientasikan Proses

1. kumpulkan maklumat

 keluasan yang diminta dari pusat
 keluasan kawasan
 rating yang dekat

2. bina satu pelan blok digram

 meminimumkan ‘nonadjacents loads”
 guna dat kualitatif jika diperlukan
 bina carta kesimpulan “load”
 buat eksperimen dengan cara susun atur lain

3. mereka susun atur yang lebih lengkap atau detail

 dengan penggunaan computer
 automated susun atur Design Programme (ACDP)
 plant susun atur and Evaluation Package (PREP)

4. tanpa penggunaan computer

 cardboard template on drawing of plant floor
 menggunakan chalk drawing atas parking lot
 model architectural
- kumpulan stesen kerja atau department mengikut fungsi
 susun atur berorientasikan proses boleh melakukan dan mengawasi pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berbilang jenis.
 Ia adalah cara tradisi yang menyokong strategi perbezaan antara produk.
 Susun atur ini lebih efisien apabila produk dibuat mengikut permintaan yang berbeza ataupun apabila pelanggan yang mempunyai keperluan yang berbeza.
 Susun atur yang berorientasikan proses adalah sesuai untuk pengeluaran yang mempunyai volum yang rendah dan strategi yang mempunyai banyak jenis.
 Setiap produk atau kumpulan produk akan dikeluarkam dengan beralih dari satu jabatan ke jabatan yang lain dalam turutan yang diminta.
 Ini dapat jelas dilihat dengan mengambil hospital dan klinik sebagai contoh.

Susun atur Produk

 Susun atur produk yang lebih dikenali sebagai pengaturan aktiviti dalam barisan (line) merujuk kepada kekerapan operasi yang diperlukan oleh bahagian produk tersebut.
 Setiap produk mempunyai barisannya sendiri yang direka secara spesifik untuk memenuhi permintaannya.
 Aliran kerja adalah berkesan apabila bergerak dari satu stesen kerja ke stesen kerja yang lain mengikut ‘assembly line’ sehingga produk yang telah disiapkan pada hujung barisan.
 Sejak barisan dibentuk untuk satu jenis produk, mesin tertentu boleh dibeli untuk kegunaan spesifik dalam kerja pemprosesan barang tersebut.
 Susun atur produk adalah sesuai untuk proses yang berulang di mana permintaan adalah stabil dan jumlah permintaan adalah tinggi.
 Produk ini dikeluarkan adalah untuk keseluruhan pasaran dan bukannya untuk sebahagian pengguna sahaja.
 Di sebabkan jumlah permintaan yang tinggi, susun atur produk adalah lebih ‘automated’ daripada susun atur proses.
 Peranan untuk pekerja adalah berlainan.
 Persembahan pekerja dalam susun atur produk adalah lebih sempit dan mereka meminta kadar upah yang kurang daripada susun atur proses.

3 comments: