Tuesday, February 9, 2010

chapter 3

Definisi kapasiti


• Kapasiti adalah kadar maksimum output atau hasil dalam suatu sistem untuk jangkamasa tertentu.
• Dalam bidang pengeluaran, kapasiti adalah ukuran kecekapan pengeluar mencapai permintaan pelanggan ataupun kecekapan pengeluar mengeluarkan produk tepat pada masanya.

Faktor-faktor yang memberi kesan di dalam membuat keputusan kapasiti adalah:

• Peraturan kerajaan
• Kemampuan pembekal
• Pekerja
• Susunatur
• Pengurusan atasan

Langkah-langkah yang perlu dimiliki oleh sebuah syarikat untuk memenuhi kehendak pelanggan

• loji
• Proses
• Pekerja
• Jangkawaktu permintaan pelanggan

Faktor-faktor pengeluaran - (tanah, buruh, modal, usahwan)

Definisi

Factor pengeluaran merupakan factor-faktor yang terlibat atau yang mempengaruhi sesuatu pengeluaran. Faktor-faktor pengeluaran adalah tanah, buruh, modal dan usahawawan

i. Tanah
Tanah yang sesuai untuk factor pengeluaran
Ia merujuk kepada kesesuaian untuk pengeluaran keluaran yang utama.
Criteria utama bagi tanah adalah potensi kegunaannya.
Ia akan berubah mengikut kemampuan dan keperluan manusia

ii. Buruh
Factor yang amat penting kerana sumber manusia bukan sahaja diperlukan untuk pengeluaran tetapi untuk memenuhi kemahuan manusia itu sendiri serta organisasi

iii. Modal
Harta produktif yang tahan lama dan digunakan oleh pengeluaran untuk mengeluarkan barang-barang lain.
Diperlukan untuk menyediakan keperluan asas seperti bahan, mesin, alat kelengkapan dan sebagainya.
Kekurangan modal akan member kesan kepada factor pengeluaran

iv. Usahawan

Factor ini tidak nyata dan tidak boleh diukur dan kos tidak dapat ditentukan dengan tepat.
Peranan usahawan ialah mengemukakan cara atau idea baru dalam usaha untuk menggabungkan sumber untuk pengeluaran.

Definisi pengeluaran

Proses menukarbentuk atau mentransformasikan semua input menjadi sesuatau output. Ia menggabungkan semua factor pengeluaran barangan atau perkhidmatan.

Faktor penentuan keperluan pengeluaran

a. Ramalan permintaan
• Permintaan masa hadapan bagi sesuatu keluaran sebenar merupakan permintaan dalam masa hadapan akan mempengaruhi beberapa factor pengeluaran dalam kuantiti tertentu.
• Contoh: permintaan untuk roti planta akan menyebabkan permintaan tepung gandum, marjerin, telur, kuasa elektrik, alat membuat roti dan buruh akan meningkat.

b. Rekabentuk
• Rekabentuk sesuatu produk sentiasa diubah-ubahkan selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
• Keluaran untuk pasaran baru memerlukan perubahan dalam pembungkusan, rekabentuk dan jenama yang bertujuan untuk meningkatkan permintaan dan mengekalkan edaran hayat keluaran di pasaran.

c. Kualiti
• Kualiti sesuatu keluaran akan meningkatkan permintaan yang menyebabkan permintaan terhadap citarasa bertambah.

d. Perubahan kepada formula dan resipi
• Pihak pengurusan perlu lebih prihatin dalam pengeluaran di mana formula dan resipi yang sedia ada mesti sentiasa memnuhi citarasa dan kehendak pengguna
• Perubahan ini mesti mematuhi keperluan undan-undang atau arahan dari pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihan dan SIRIM.

e. Perubahan kepada teknologi pengeluaran
• Perubahan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuh menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan kos yang terlibat dapat dikurangkan.
• Ia akan mendorong pertambahan permintaan dan menggalakkan pihak pengusaha menggantikan kemudahan pengeluaran yang sedia ada bagi menambahkan kapasiti pengeluaran.
• Contoh: penggunaan computer dan robot dalam menghasilkan kereta dan sebagainya.

f. Kos pengeluaran
• Factor penting mempengaruhi permintaan terhadap factor pengeluaran
• Terdapat 2 jenis kos pengeluaran iaitu:

i. Kos langsung

ii. Kos overhead

• Pihak pengusaha cuba mengurangkan kos pengeluaran dengan mencari hampir pengeluaran lain yang lebih menjimatkan asalkan mempunyai mutu yang hampir sama.
• Kadangkala bahan-bahan tertentu diganti dengan bahan lain seperti buah laici digantikan dengan buah rambutan.

Keperluan mengeluarkan keluaran

a. Membahagikan ramalan jualan bagi sesuatu keluaran
• Bahan –senarai komponen yang diperlukan
• Buruh
• Overhead

b. Menentukan factor pengeluaran yang perlu untuk memproses keluaran

• Penyata operasi
• Penyata perjalanan operasi

Keperluan-keperluan untuk mengeluarkan bahagian-bahagian komponen atau barang siap dan cara membuat pengubahsuaian untuk output yang rosak atau ditolak

Pada masa kini, banyak industri yang membuat barang ganti atau bahagian komponen barang siap atau separuh siap yang mengandungi beberapa atau bahagian komponen dan dipasang bersama telah ditubuhkan.

Dengan ini, operasi pemasangan atau pemprosessan merupakan aktiviti yang semakin penting untuk mengeluarkan barang siap atau separuh siap.

Kombinasi beberapa bahagian komponen yang dipasang untuk menghasilkan sesuatu barang yang dipanggil ‘assembly”. Pengusaha akan membeli sebilangan bahagian-bahagian komponen daripada pembekal ataupun mengeluarkannya sendiri.

Menentukan bahan-bahan yang perlu untuk mengeluarkan bahagian-bahagian komponen atau barang perkhidmatan

Keperluan terhadap bahan yang perlu adalah ditetapkan dengan cara berikut:

Langkah pertama melibatkan prosedur pembahagian ramalan jualan bagi sesuatu keluaran atau produk. Ia dipasang menjadi bahagian-bahagian komponen yang mesti ada untuk mengeluarkan sebilangna unit assembly yang telah ditetapkan.

Untuk tujuan ini, maklumat yang diperlukan akan dipersembahkan dalam bilangan bahan (bil of material) atau senarai bahagian komponen (part list) di mana:

i. Semua bahagian komponen yang perlu bagi sesuatu assembly akan disenaraikan
ii. Menunjukkan kuantiti setiap bahan yang perlu untuk seunit assembly
iii. Menetapkan bahagian komponen tertentu samada dibeli daripada pembekal atau dibuat dari kilang sendiri.

Kebanyakan organisasi menggunakan computer untuk memudahkan pengiraan bagi menentukan kuantiti komponen yang dikeluarkan untuk menghasilkan assembly samada menggunakan bahan yang sama atau hampir sama ataupun didapati dari pembekal yang sama.

Segala masalah yang timbul boleh dikenalpasti daripada Penyata Operasi (Operation Sheet) atau Penyata Perjalanan Operasi (Routing Sheet) yang disediakan untuk setiap bahagian yang akan dikeluarkan sebelum ia sampai ke titik atau tempat di mana ia akan dikeluarkan untuk pertama kali.

Penyata Operasi

i. Jenis kuantiti bahan mentah
ii. Operasi yang perlu dijalankan
iii. Susunan atau turutan operasi yang akan dijalankan
iv. Kelengkapan yang akan digunakan
v. Jumlah masa yang perlu untuk melaksanakan setiap operasi bagi setiap unit keluaran
vi. Aksesori atau alat sampingan yang perlu untuk setipa operasi
vii. Bagaimana kelengkapan berkenaan baru dikendalikan

Perancangan pengeluaran akan menentukan setiap komponen yang akan dikeluarkan:

a. Bilangna unit bahan mentah atau komponen kecil yang perlu
b. Bilangan unit alat kelengkapan yang perlu
c. Bilangan unit buruh langsung yang diperlukan
d. Bilangan unit aksesori atau alat sampingan untuk komponen yang dikeluarkan.

Menentukan bahan-bahan yang perlu untuk mengeluarkan bahgaian-bahagian komponen atau barang perkhidmatan
Dalam perancangan pengeluaran pihak pengurusan harus mengambilkira kemungkinan bilangan keluaran yang cacat atau tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan untuk menetapkan bil unit yang harus dikeluarkan.

Terdapat 2 jenis keluaran yang cacat:

1. Keluaran cacat yang boleh diperbaiki
• Keluaran yang boleh dikerjakan semula untuk menghapuskan kekurangan tertentu.
• Contoh rangka pintu aluminium yang terlalu besar boleh dikecilkan semula dengan lakukan pembaikan untuk hasilkan pintu mengikut saiz yang betul. Ini melibatkan:
 Masa tambahan diperlukan untuk memperbaiki keluaran
 Factor pengeluaran terpakai tidak dibazirkan
 Peratusan boleh dilanggar dengan tepat berdasarkan pengalaman yang lepas dan ia tidak boleh menganggarkan dengan tepat untuk kerja pembetulan
 Pihak pengurusan tidak menetapkan jumlah factor pengeluaran yang ditambah untuk memperbaiki keluaran

2. Keluaran cacat yang tidak boleh diperbaiki

• Keluaran yang tidak boleh dikerjakan semula
• Keluaran cacat yang tidak boleh diperbaiki misalnya pintu kayu yang dibuat terlalu kecil yang tidak boleh diperbaiki menjadi besar atau biskut yang terlalu masak sehingga menjadi warna perang tua. Ini akan mengakibatkan:
 Barang keluaran dijadikan skrap atau recycle
 Menyebabkan pembaziran dan kerugian
 Peratus kecacatan yang tinggi menjejaskan imej dan nama baik syarikat sebagai pembekal komponen yang baik

3. Menetapkan keluaran setelah mengambilkira peratusan skrap

Formula:

% keluaran dikeluarkan (kn) = bilangan unit baik yang perlu
                                               100% - x% skrap (daripada jumlah keluaran)

Contoh:

Syarikat Kaelyn menganggarkan 40% daripada keluaran adalah skrap yang tidak boleh diperbaiki dan syarikat Kaelyn menetapkan 3000 unit diserahkan setiap minggu.

Kn = 3000
        100% - 40%
     = 5000 unit

Pengubahsuaian untuk kecekapan

a. Keluk pembelajaran (learning curves)
Ia adalah garisan “learning effect”. Ia menunjukkan perhubungan antara jumlah jam buruh langsung seunit dengan jumlah bilangan produk atau servis yang dihasilkan
Keluk pembelajaran ini berkaitan dengan kerja yang berulang iaitu perhubungan antara pengalaman dan produktiviti
Semakin banyak produktiviti dihasilkan semakin kurang masa yang diambil untuk menghasilkan seunit produk

Factor-faktor yang menyebabkan masa rendah bila unit tinggi

i. Operator akan menjadi lebih biasa dengan apa yang harus dibuat
ii. Kaedah bekerja diperbaiki
iii. Corak bekerja yang mengikut rentak
iv. Rekabentuk baru diciptakan mengikut rentak kerja
v. Kaedah bekerja yang inovatif

Kegunaan keluk pembelajaran (Learning curves/experience curve)

Untuk meramal perubahan kos apabila berlakunya peningkatan nilai pengeluaran
Untuk mengawal kos
Untuk membantu kadar pembelajaran bagi setiap operator
Membantu pengurus mengurangkan kos

b. Waiting line / queuing theory

Definisi:

Merupakan seorang atau lebih pelanggan menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan
Pelanggan boleh jadi orang atau objek-objek lain seperti mesin yang memerlukan pembaikpulihan, pesanan jualan yang menunggu untuk dihantar atau item-item inventori yang menunggu untuk digunakan

Teori Penggiliran

 Merupakan satu proses yang melibatkan
 Ketibaan pelanggan
 Proses tunggu giliran
 Proses dapat layanan
 Tinggalkan tempat kemudahan

Model Sistem Giliran

Objektif:
untuk memberikan perkhidmatan yang paling baik dengan menggunakan cara yang paling cekap

i) Single-channel, single phase system (satu giliran, satu pelayan)

Eg: dentist’s office, drive-through car wash

 Satu giliran satu pelayan / tahap
 Dalam system ini, semua perkhidmatan yang diminta oleh pengguna boleh diberikan oleh kemudahan satu pelayan
 Pengguna membentuk satu barisan dan seterusnya mendapatkan kemudahan layanan / perkhidmatan untuk kesemua proses pada masa tersebut.

ii) Single-channel, multiple system (satu giliran, berbilang tahap pelayam)

Eg: McDonald’s dual window drive-through

 System ini digunakan kemudahan yang lebih dari satu member layanan/ perkhidmatan dalam rangkaian tapi pengguna terhad kepada satu giliran. Pengguna membentuk satu barisan dan dibenarkan dalam rangkaian dari satu kemudahan layanan kepada selepasnya

iii) Multichannel, single phase system (berbilang giliran, satu tahap / pelayan)

Eg: bank, post office

 System ini digunakan bila permintaan banyak hingga menyebabkan layanan / perkhidmatan yang sama diberi lebih dari satu kemudahan ataupun bila layanan / perkhidmatan yang diberikan oleh kemudahan yang berbeza

iv) Multichannel, multiphase system (berbilang giliran, berbilang tahap)

Eg: college registrations

 System ini wujud bila pengguna yang telah dilayan oleh kemudahan tahap yang berbeza iaitu kemudahan pertama masih inginkan atau perlukan kemudahan layanan kedua (mesti ada perkhidmatan kedua dan seterusnya untuk mendapat lebih / penyelesaian yang lebih baik)

Sifat-sifat sistem penggiliran

1. input atau proses ketibaan

 input (ketibaan pelanggan, stok, mesin atau apa-apa sahaja yang tiba di satu tempat)
 penggiliran terjadi kerana corak pelanggan yang tiba-tiba satu-satu, berkelompok, enggan atau keluar giliran)

2. saluran pelayanan @ perkhidmatan

 contoh : tempat pembayaran di pusat beli belah
 bahagian system paling mudah di kawal tetapi memerlukan pelaburan modal yang paling banyak (pelaburan modal yang perlu, jumlah gaji dan upah pekerja kaunter, kehilangan ehsan oleh pelanggan dan masa terbiar)

3. output atau kadar pelayanan

 corak pelayanan biasanya ditentukan oleh masa pelayanan dan juga bilangan pelanggan samada seorang pelanggan atau berbilang

4. kapasiti sistem

 bilangan pelanggan maksimum yang boleh dilayani
 kapasiti terhad – apabila kemudahan perkhidmatan penuh, pelanggan tidak dibenarkan masuk ataupun menunggu diluar kemudahan tersebut tanpa menerima sebarang pelayanan.
 Kapasiti tidak terhad – apabila bilangan pelanggan yang dibenarkan masuk tidak dihadkan

5. susun tertib untuk melayani pelanggan

 merupakan susuntertib yang diikuti atau melayani pelanggan
       LIFO
       FIFO

Basic Queuing System Configuration

i. Single-channel, single phase system
ii. Single-channel, multiphase system
iii. Multi-channel, single-phase system
iv. Multi-channel, multi-phase system

1 comment:

  1. as salam. artikel yang berguna. terima kasih banyak2. :)

    ReplyDelete